Faktor-faktor pemilihan pekerja dalam industri perbankan

Ameerudin, Roslina (2001) Faktor-faktor pemilihan pekerja dalam industri perbankan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1131Kb

Abstract

Kaji selidik ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan Industri Perbankan mengenai Faktor-Faktor Pemilihan Pekerja Dalam Industri Perbankan. Di samping itu, kajian ini juga cuba melihat faktor-faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pekerja dalam Industri Perbankan itu sendiri. Sejumlah 30 orang responden daripada Bahagian Sumber Manusia Rashid Hussein Bank Berhad telah terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai Faktor-Faktor Pemilihan Pekerja Dalam Industri Perbankan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Prograsif Microsoft Excel bagi mencari nilai min dan nilai peratusan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor kurikulum yang memfokuskan kepada subjek yang ditawarkan menjadi keutamaan bagi Industri Perbankan dalam pemilihan pekerja. Faktor yang kedua ialah kemahiran calon dalam berkomunikasi, diikuti oleh faktor latihan industri dan faktor keupayaan calon untuk bekerja sebagai satu kumpulan. Bagi faktor personaliti yang menduduki temp at terakhir, faktor ini juga turut diambil kira oleh Industri Perbankan walaupun kepentingannya tidak begitu ketara. Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini serta beberapa cadangan yang dikemukakan akan dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu pendidikan khususnya bagi para pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik yang berminat untuk menceburkan diri dalam Industri Perbankan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HG Finance > HG1501 Banking
ID Code:1172
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:19 Apr 2011 15:59
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page