Gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Che Abd Razak, Nohayati Sa'adah (2008) Gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1296Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan. Di samping itu kajian juga mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran paling dominan dengan jantina pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 438 orang pelajar kejuruteraan tahun akhir di UTHM telah terlibat sebagai responden kajian. Soal selidik yang digunakan mengandungi soalan berbentuk demografl dan juga 44 soal selidik berdasarkan Felder-Solomon Index Learning of Styles (1996). Skor min digunakan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan bagi setiap fakulti kejuruteraan di UTHM. Didapati gaya pembelajaran untuk ketiga-tiga fakulti iaitu FKAAS, FKEE dan FKMP adalah gaya pembelajaran visual dengan nilai skor min yang tertinggi. Dari Ujian T perbezaan di antara gaya pembelajaran paling dominan dengan jantina pelajar dan menunjukkan tiada perbezaan yang wujud. Ujian korelasi Pearson yang digunakan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya pembelajaran paling dominan dengan pencapaian akademik pelajar menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya majoriti pelajar kejuruteraan bagi ketiga-tiga fakulti lebih cenderung kepada gaya visual tanpa mengira faktor jantina, namun gaya ini tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian dalam meningkatkan keberkesanan P&P bagi meningkatkan prestasi, kepelbagaian gaya perlu digunakan mengikut kesesuaian keadaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1177
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 09:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page