Pembangunan dan penilaian sistem 'template' soal selidik berasaskan web (e-templete questionnaire)

Abu Bakar, Muhammad Helmi (2003) Pembangunan dan penilaian sistem 'template' soal selidik berasaskan web (e-templete questionnaire). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
968Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meninjau kebolehgunaan dan tahap mesra pengguna terhadap e-template soal selidik. Fokus utama kajian ini adalah (i) menilai tahap kebolehgunaan e-template soal-selidik daiam pembangunan soal selidik secara atas talian sebagai instrumen penyeiidikan, (ii) menilai tahap kebolehgunaan e-template soal selidik yang dibangunkan untuk proses pengumpuian data penyeiidikan, (iii) menilai tahap keselamatan e-template soal selidik yang dibangunkan, (iv) menilai tahap mesra pengguna e-template , (v) menilai tahap keberkesanan e-template soal selidik dan (vi) menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar dan pensyarah terhadap tahap keberkesanan e-template soal selidik berkenaan. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dan melibatkan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang pensyarah, 10 orang kakitangan am dan 30 orang pelajar yang terlibat dengan aktiviti penyeiidikan. Instrumen kajian yang digunakan adaiah borang soal selidik dan temubual. Kajian ini mengambil kira aspek keberkesanan e-template yang merangkumi tahap kebolehgunaan sistem berkenaan dalam pembangunan borang soal selidik secara atas talian, kebolehgunaan sistem daiam aspek pengumpulan data, tahap keselamatan data dan tahap mesra pengguna. Kajian ini menguji sama ada terdapat perbezaan persepsi peiajar dan pensyarah terhadap tahap keberkesanan e-template yang dibangunkan. Hasil daripada kajian mendapati tahap kebolehgunaan dalam pembangunan soal selidik berada pada tahap tinggi iaitu dengan memperoleh skor min = 3.97 . Tahap kebolehgunaan untuk aktiviti pengumpulan data memperoleh skor min = 4.03. Manakala untuk tahap keselamatan skor min yang diperoleh adaiah 3.95. Bagi tahap mesra pengguna skor min yang diterima adaiah 3.85. Akhir sekali, tahap keberkesanan e-template memperoleh skor min 3.95. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi peiajar dan pensyarah terhadap e-template yang dibangunkan. Pembangun mencadangkan supaya laman web e-template ini dapat dimurnikan lagi dengan penambahan fungsi untuk menganalisis data. Ini kerana fungsi berkenaan tidak dapat dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
ID Code:1178
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:52
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page