Kemahiran mengendalikan pakej perakaunan universal business software (UBS) di kalangan pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi: satu tinjauan di Politeknik Kota Bahru, Kelantan

Ghani, Syuhairah (2003) Kemahiran mengendalikan pakej perakaunan universal business software (UBS) di kalangan pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi: satu tinjauan di Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1280Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kemahiran pengendalian pakej perakaunan Universal Business Software (UBS) di kalangan pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Empat aspek yang dikaji ialah kemahiran as as komputer, kemahiran mengendalikan pakej perakaunan UBS, masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan pakej perakaunan UBS dan pendapat pelajar selepas menjalani latihan industri. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan bersampel. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis berdasarkan taburan kekerapan, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS ver. 11). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan dan menggunakan komputer, tahap kemahiran mengendalikan pakej perakaunan UBS di kalangan pelajar tahun Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu, Kelantan adalah sederhana atau kurang mahir (min skor 2.79), pelajar-pelajar menghadapi masalah berkaitan dengan kemudahan yang menyebabkan mereka kurang mahir dan kebanyakan pelajar dapat mempraktikkan kemahiran mengendalikan komputer dan pakej perakaunan ketika menjalani latihan industri. Beberapa cadangan seperti pihak politeknik perlu menambah kemudahan komputer kepada pelajar, para pensyarah digalakkan mengikuti kursus pengendalian pakej UBS dan pelajar perlu menghadiri seminar atau bengkel kecemerlangan telah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar sebelum mereka memasuki ke alam pekerjaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HG Finance > HG1501 Banking
ID Code:1181
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 12:35
Last Modified:16 Apr 2015 14:48

Repository Staff Only: item control page