Gaya pembelajaran pelajar kursus Sarjana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Shahran , Annie Azlina and Hassan, Herliana and Salbi, Jamaliah (2001) Gaya pembelajaran pelajar kursus Sarjana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2016Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat taburan corak gaya pembelajaran pelajar Tahun Dua kursus Sarjana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Penyelidik melihat dari sudut yang amat kurang mendapat perhatian masyarakat iaitu pendekatan dan gaya pembelajaran para pelajar, tanpa mengambilkira faktor sikap dan persepsi yang terlalu banyak diperkatakan sebagai sebahagian daripada penyebab kepada pencapaian pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Kajian ini juga ingin melihat samada terdapat perbezaan di antara gaya pembelajaran pelajar mengikut enam faktor pembolehubah tidak bersandar yang merupakan faktor latarbelakang respondan iaitu jantina, kaum, aliran semasa di sekolah menengah, kursus pengajian, prestasi CGPA semasa, taraf pendidikan ibu dari taraf pendidikan bapa. Kajian menunjukkan bahawa corak taburan gaya pembelajaran para pelajar Tahun Dua kursus Saijana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang dominan atau paling kerap diamalkan adalah Reflektor. Kajian telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar dengan tiga faktor latarbelakang yang dikaji iaitu jantina, kaum dan aliran semasa di sekolah menengah, manakala terdapat perkaitan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan prestasi CGPA semasa, taraf pendidikan ibu dan taraf pendidikan bapa. Dalam proses untuk memantapkan potensi para pelajar agar mereka dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran mereka secara terbaik dan berkesan, pendedahan kepada konsep dan latarbelakang serta kepentingan gaya pembelajaran di kalangan warga pendidikan khususnya dalam kajian ini melibatkan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oan adalah amat penting bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1188
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 09:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page