Kemahiran menggunakan perisian perakaunan sebagai persediaan ke alam pekerjaan: satu tinjauan terhadap pelajar-pelajar diploma akauntansi di Politeknik Port Dickson

Madros, Suhaila (2001) Kemahiran menggunakan perisian perakaunan sebagai persediaan ke alam pekerjaan: satu tinjauan terhadap pelajar-pelajar diploma akauntansi di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1220Kb

Abstract

Kajian kes ini adalah berkenaan dengan kemahiran menggunakan perisian perisian perakaunan yang seharusnya dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar perakaunan sebagai persediaan ke alam pekerjaan. Objektif kajian kes ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran pelajar-pelajar perakaunan dalam menggunakan perisian Microsoft Office, perisian perakaunan UBS (Universal Business Software) dan perisian perakaunan MYOB (Mind Your Own Business). Dalam kajian ~ soal selidik telah diedarkan kepada 80 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) untuk membuat pengiraan kekerapan, peratus dan min. Keputusan yang diperolehi menunjukkan pelajar-pelajar perakaunan di Politeknik Port Dickson mahir dalam menggunakan peri sian Microsoft Office seperti Word dan ExceL Namun begitu, didapati mereka kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Access dan PowerPoint. Pelajar-pelajar juga masih kurang mahir dalam menggunakan perisian perakaunan seperti UBS dan MYOB.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:1192
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 08:55
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page