Pembangunan modul pembelajaran kendiri pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah menengah

Ramli, Azuin (2003) Pembangunan modul pembelajaran kendiri pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
923Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana Modul Pembelajaran Kendiri Pendidikan Aiam Sekitar dapat membantu guru dan pelajar sekolah menengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, tahap kebolehlaksanaan dan mesra pengguna. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang guru dan 50 orang pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang dipilih secara rawak. Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap Modul Pembeiajaran Kendiri Pendidikan Alam Sekitar. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS)version 11.0 yang melibatkan skor min, peratus dan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian isi kandungan modul (skor min= 3.19), kesesuaian aktiviti (skor min = 3.18), tahap kebolehlaksanaan (skor min = 3.17) dan ciri-ciri mesra pengguna (skor min = 3.20) adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru dan pelajar terdapat kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, kebolehlaksanaan dan ciri-ciri mesra pengguna. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan Modul Pembelajaran Kendiri Pendidikan Alam Sekitar ini dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
ID Code:1193
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 16:04
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page