Kemampuan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan program pendidikan khas bagi pelajar cacat pendengaran (pekak) dalam program sijil dan Diploma Politeknik

Muzafar, Siti Asmiza (2004) Kemampuan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan program pendidikan khas bagi pelajar cacat pendengaran (pekak) dalam program sijil dan Diploma Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1154Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen kesediaan dan keperluan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dipcrlukan oleh pensyarah dan pelajar dalam menjayakan Program Pendidikan Khas bagi pelajar cacat pendengaran di politeknik. Kajian ini juga untuk mengenalpasti pengartikulasian dalam sijil elan diploma politeknik yang sebenar kepada pelajar cacat pendengaran. Seramai 50 orang pcnsyarah yang terdiri dari tiga buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politcknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Johor Bahru (PJB) yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik dan temubual digunakan bagi mendapatkan data dan dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai skor min dan nilai peratusan. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk golongan pelajar khas ini mencukupi manakala tenaga pengajar program ini masih perlu meningkatkan lagi kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelajar pendidikan khas dan seterusnya melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada pengartikulasian antara sijil serta diploma politeknik dan sijil pendidikan khas politeknik. Oleh itu, kurikulum pendidikan khas disarankan supaya disemak semula untuk memberi peluang kepada pelajar pendidikan khas mcningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
ID Code:1200
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 09:57
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page