Aplikasi penggunaan perkhidmatan pembelajaran berasaskan web (PBW) menerusi perisian 'Blackboard 5' di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal)

Othman, Nooraza (2001) Aplikasi penggunaan perkhidmatan pembelajaran berasaskan web (PBW) menerusi perisian 'Blackboard 5' di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal). Masters thesis, Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

[img]
Preview
PDF
1730Kb

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Web (PBW) merupakan satu konsep pembelajaran yang menjadikan web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran maya ini juga merupakan alternatif yang paling sesuai sebagai alat sokongan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Ini kerana pembelajaran melalui web ini dilihat dapat memberikan kepentingan setiap pihak iaitu pelajar, pensyarah dan pentadbir. Justeru itu, seramai 86 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal, Semester 3 telah dipilih sebagai responden di dalam pengkajian ini iaitu 'Aplikasi Penggunaan Perkhidmatan Pembelajaran Melalui Web (PBW ) Menerusi Perisian 'Blackboard 5' Di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan'. Pengkajian ini memfokuskan kepada maklumat dan pengetahuan tentang PBW, faktor-faktor kepada kepenggunaan perisian, kemudahankemudahan yang dilayari dan kekerapan dalam melayari perisian ini. Terdapat cadangan dan saranan untuk meningkatkan lagi kualiti perisian PBW bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati responden mengaplikasikan penggunaan perisian PBW 'Blackboard 5' berdasarkan kepada faktor-faktor dan kemudahan yang disediakan

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Education-Computer network resources,Internet in education, Web-based instruction
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1201
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 16:08
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page