Pembangunan sistem maklumat program latihan mengajar berasaskan web:satu kajian di KUiTTHO

Harun, Zulhazri (2002) Pembangunan sistem maklumat program latihan mengajar berasaskan web:satu kajian di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
947Kb

Abstract

Program Latihan Mengajar merupakan satu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian "Pembangunan Sistem Makiumat Program Latihan Mengajar Berasaskan Web : Satu Kajian Di KUiTTHO" adalah bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional semester 2 terhadap pembangunan informasi bagi Program Latihan Mengajar berasaskan web. Persoalan serta permasalahan yang timbul adalah daripada sistem pengurusan bagi program ini yang tidak eftsyen dan sistematik. Kajian melibatkan pengedaran borang soal sehdik kepada seramai 30 orang peiajar Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional semester 2. Perisian SPSS digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data bagi memperolehi kekerapan peratus dan min (purata skor). Hasil kajian ini, responden memberikan maklum balas yang begitu baik terhadap produk (laman web) yang dibina. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dikemaskini lagi bagi menjamin keberkesanannya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1204
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 16:09
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page