SPC charting procedure for monitoring of small and large shifts in process mean

Masood, Ibrahim (2004) SPC charting procedure for monitoring of small and large shifts in process mean. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]PDF
990Kb

Abstract

Objektif penyelidikan ini adalah mengkaji keberkesanan carta kawalan tradisional iaitu Shewhar!, ClIS1ll11 Dua-Belall dan EWMA bagi mengawal anjakan purata proses yang kecil dan besar serta mencadangkan peningkatan tatacara carta kawalan proses statistik yang berkesan bagi keseluruhan anjakan purata proses. Anjakan purata proses boleh dinyatakan sebagai corak-corak tidak stabil seperti corak anjakan dan mendaki. Purata Panjang Larian (ARL), Rala! Jenis I dan Rala! Jenis II digunakan sebagai penilai keupayaan. Tatacara kawalan dikodkan di dalam program MATLAB dan simulasi ujikaji yang terperinci dijalankan. Ujikaji Rekabentuk (DOE) diapplikasikan di dalam memilih parameter-parameter carta kawalan yang bersesuaian sebelum menjalankan simulasi ARL. Simulasi ARL mengenalpasti kelebihan dan kelemahan setiap carta kawalan proses. Umumnya, CUSUl11 Dua-Belall dan EfVNfA dikenalpasti berkesan bagi mengesan anjakan proses yang kecil sementara Sllewhar! hanya berkesan bagi anjakan proses yang besar. Secara terperinci, CUS1ll11 Dua-Belall dengan (k, 11) = (0.5, 4.77) dan (0.75, 3.34) dikenalpasti mengeluarkan Rala! Jenis I yang kecil, sangat berkesan bagi mengawal anjakan proses yang kecil, lebih baik berbanding EWMA dan hampir menyamai keupayaan Undang Larian Nelson bagi julat anjakan 0.75cr sehingga 2.5cr. Pemerhatian tersebut telah disahkan menggunakan beberapa data proses yang sebenar. Penggunakan serentak carta kawalan Shewhar!, CUSU111 Dua-Belah dengan (k,h) = (0.5,4.77) dan (0.75,3.34) dicadangkan sebagai peningkatan skim kawalan. Ia lebih berkesan berbanding Gabungan Shewhart-Cusu111 yang disyorkan oleh Lucas (1982). Biarpun begitu, Undang Larian Nelson tidak disyorkan kerana memberikan Rala! Jenis I yang besar, walaupun sangat berkesan bagi mengawal anjakan proses. Penemuan tersebut mengesahkan dan memperincikan keupayaan Undang Larian Nelson yang dinyatakan oleh Nelson (1985), kecuali bagi mengesan percampuran. Undang berbeza memberikan 'kadar kesilapan isyarat' (RFS) berbeza, bercanggah dengan kaedah Monte Carlo (Nelson, 1985) tetapi mengesahkan keputusan Trietsch (1997). Penemuan ke atas EWMA mengesahkan pemyataan Montgomery (1996) yang menyifatkan bahawa pemalar (A) yang kecil lebih sensitif bagi mengenalpasti anjakan proses yang kecil sementara A yang besar lebih sensitifbagi anjakan besar

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
ID Code:1206
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 16:10
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page