Ismail, Faisal Husen and Rouzi, Kana Safrina and Wan Zahari, Wan Ainaa Mardhiah and Sahimi, Mohd Shafiq and Salimin, Zaidi and Ahmad, Norhafizah (2024) Kesan perubahan iklim terhadap ekonomi Malaysia. In: HUMAN SUSTAINABLE PROCEDIA.
Text
P16888_2f2577de8a2b36b4af989c91155ce6ba.pdf 11.pdf Download (825kB) |
Abstract
Isu perubahan iklim bukanlah perkara baru. Perubahan iklim kekal menjadi isu utama di negara maju mahupun berkembang. Perubahan iklim memberikan impak kepada sektor kehidupan manusia termasuk ekonomi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor perubahan iklim di Malaysia, serta mengenalpasti kesan perubahan iklim terhadap ekonomi Malaysia. Kajian juga mencadangkan langkah bagi menangani masalah ekonomi yang diakibatkan perubahan iklim di Malaysia. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan pendekatan kaedah kepustakaan. Selain itu, soal selidik turut digunakan bagi mendapatkan respon dari pelajar UTHM cawangan Pagoh. Seramai 70 orang mahasiswa telah dipilih secara rawak bagi menjawan soal selidik. Semua data dianalisis secara kualitatif deskriptif. Kajian ini mendapati faktor perubahan iklim adalah pembalakan haram yang menyumbang kepada peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera bumi. Peningkatkan gas karbon dioksida di sekeliling dan menyebabkan suhu meningkat. Kajian ini juga mendapati bahawa kesan utama perubahan iklim terhadap ekonomi ialah menjejaskan industri pertanian melalui rosaknya hasil tanaman. Begitu juga Suhu yang terlalu tinggi menyebabkan kemarau serta mengakibatkan tanah sangat kering dan kurang lembap sehingga petani tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian. Kajian ini mencadangkan langkah utama bagi menangani isu ekonomi yang diakibatkan oleh perubahan iklim di Malaysia ialah mengamalkan teknologi hijau dalam sektor perindustrian. Teknologi yang menjimatkan sumber asli dan mesra alam dapat menyumbang kepada perlindungan alam sekitar
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Perubahan iklim, kerosakan alam sekitar, Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | Center for General Studies and Co -curricular > Department of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 27 Nov 2024 07:57 |
Last Modified: | 27 Nov 2024 07:59 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12093 |
Actions (login required)
View Item |