Teknologi kerangka web (web template) dalam pembinaan laman web pendidikan kelas maya (e-classroom) secara online

Ahmad, Mohammad Noh (2002) Teknologi kerangka web (web template) dalam pembinaan laman web pendidikan kelas maya (e-classroom) secara online. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
897Kb

Abstract

Teknologi dalam membina web semakin lama semakin berkembang dan pelbagai teknologi terbaru dalam membina web telah pun wujud. Salah satu teknologi itu ialah teknologi kerangka web. Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan refonnasi bidang pendidikan. Untuk menghadapi agenda perubahan teknologi maklumat dan pendidikan dimana web pendidikan kelas maya telah menjadi satu piawai, teknologi ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Kajian ini dapat memudahkan para pensyarah membina laman web pendidikan kelas mayanya sendiri. Data-data diperolehi adalah melalui borang soal selidik dan responden kajian pula terdiri daripada kalangan pensyarah di dua jabatan dalam FalLllti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTBO iaitu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan juga Jabatan Teknologi Maklumat dan Multimedia. Basil kajian yang dijalankan mendapati responden memberikan respon yang positifterhadap ketiga-tiga persoalan kajian. Responden bersetuju bahawa web pendidikan kelas maya diperlukan oleh pensyarah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi kerangka web ini bersifat ramah pengguna kerana mudah digunakan untuk membina laman web. Dapatan terakhir pula menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa teknologi kerangka web dapat meningkatkan penggunaan web pendidikan kelas maya oleh para pensyarah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
ID Code:1211
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 16:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page