Isu kekurangan tenaga buruh yang mempengaruhi kelewatan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

Rubin, Urai and Sarpin, Norliana and Shafii, Haryati and Masrom, Md. Asrul Nasid and Ismayatim, Norddin (2024) Isu kekurangan tenaga buruh yang mempengaruhi kelewatan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. In: RESEARCH IN MANAGEMENT OF TECHNOLOGY AND BUSINESS.

[img] Text
P16887_8fb459d2d12ab84fedc53a6534e6d3ec.pdf 15.pdf

Download (866kB)

Abstract

Untuk meningkatkan sistem pengangkutan di dalam negara, terutamanya di kawasan pedalaman, beberapa projek pembangunan lebuh raya telah dijalankan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti jalan raya yang sedia ada dan menjadikannya sebuah lebuh raya. Namun begitu, projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menghadapi masalah kelewatan disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan tenaga kerja bagi menampung keperluan peyiapan lebuhraya ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif iaitu, mengenalpasti faktor kekurangan tenaga buruh yang melewatkan dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, mengenalpasti kesan kekurangan tenaga buruh dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan mengkaji langkah untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif di mana instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah temubual bersama 4 responden iaitu terdiri daripada kontraktor dan jurutera yang terlibat dalam projek lebuhraya Pan Borneo. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati faktor kekurangan tenaga buruh yang menyebabkan kekurangan tenaga buruh adalah faktor pandemik covid-19, faktor kekurangan buruh mahir, faktor pemilihan pekerja dalam kalangan buruh tempatan dan faktor komunikasi. Beberapa kesan kekurangan tenaga buruh telah mempengaruhi kelewatan projek ini iaitu penurunan produktiviti, peningkatan kos keseluruhan dan pertumbuhan ekonomi terganggu. Manakala, terdapat beberapa langkah untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh yang mempengaruhi kelewatan projek ini iaitu menewarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepda orang tempatan dan orang asing, meningkatkan kemahiran pekerja, mendapatkan peruntukan dari kerajaan dan mengadakan program pembangunan buruh tempatan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membantu untuk mengetahui salah satu punca yang menyebabkn kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu kekurangan tenaga buruh serta mengkaji kesan daripada kekurangan tenaga buruh dalam projek ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Tenaga buruh, Lebuh raya, Kelewatan Projek, Pembinaan, Lebuh raya Pan Borneo
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > FPTP
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Dec 2024 03:53
Last Modified: 01 Dec 2024 03:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12124

Actions (login required)

View Item View Item