Sani, Amirul Haziq and Mohd Zulkafli, Haris Farhan and Arbain, Mohamad Alifhaikal and Othman, Muhammad Azri and Basri, Azizul Qayyum (2024) Sistem perabot modular: meja belajar. In: MULTIDISCIPLINARY APPLIED RESEARCH AND INNOVATION.
![]() |
Text
P16922_45d34ca1f612866a793bd1e93a081af5.pdf 6.pdf Download (887kB) |
Abstract
Ruang belajar yang selesa merupakan salah satu kriteria penting, dan ia sangat memberi impak besar kepada kualiti pembelajaran dan kehidupan harian pelajar. Oleh itu, susun atur dan pemilihan perabot yang sesuai adalah perkara utama. Malangnya, tinjauan mendapati terdapat masalah ruang di kawasan kajian yang dipilih. Bilangan pelajar yang sama dengan set perabot yang sama digunakan untuk dua saiz bilik yang berbeza. Oleh itu, melakukan sebarang kerja atau terlibat dalam sebarang gerakan atau aktiviti harian dalam set yang sama adalah sukar dan mengganggu, terutamanya untuk reka bentuk bilik kecil. Oleh kerana almari pakaian dan katil adalah saiz yang tetap (standard), reka bentuk meja belajar yang baru menggunakan reka bentuk modular dicadangkan untuk mengatasi masalah ini. Perabot ini dibangunkan untuk digunakan di asrama oleh pelajar dalam memastikan keselesaan semasa belajar dan hanya cadangan penyelesaian di kawasan kajian sahaja. Keluli lembut yang digunakan untuk bingkai produk ini dan kemasan sisi dan belakang bingkai menggunakan bahan plywood Untuk menjimatkan ruang, kami menggunakan engsel L boleh laras dan diikat dengan papan lapis untuk dijadikan sebuah meja tulis dan konsep ini juga diguna pakai untuk membina ruangan computer riba boleh laras. Hasil pengujian, meja boleh menyokong sehingga 15 kg tanpa terbalik atau melengkung, manakala ruang laptop yang boleh disesuaikan boleh menyokong sehingga 20 kg. Secara kesimpulannya, objektif projek telah berjaya tercapai, walaubagaimanapun masih terdapat ruang penambahbaikan dari segi sistem, struktur dan juga reka bentuk secara keseluruhan
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rekabentuk Perabot Modular, Penyelesaian Bilik Asrama, Meja Belajar |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures |
Divisions: | Center for Diploma Studies > Dept. of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 11 Apr 2025 07:40 |
Last Modified: | 11 Apr 2025 07:41 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12149 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |