Pengaruh faktor minat, keluarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan

Juhari, Siti Paridah (2003) Pengaruh faktor minat, keluarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1077Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh di antara empat faktor iaitu minat, dorongan keiuarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Seramai dua ratus tujuh puluh lapan pelajar wanita yang terdiri daripada pelajar program Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal telah dijadikan sample kajian. Responden yang terlibat merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences(SPSS 10.0 for Windows). Ujian Pekali Korelasi Spearman rho telah digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan keempat empat faktor yang telah dinyatakan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Oleh yang demikian keempat-empat faktor tersebut perlulah memainkan peranan masingmasing bagi mempertingkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:1230
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 16:29
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page