Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran:satu kajian di Politeknik Port Dickson

Yusof, Yusnita (2003) Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran:satu kajian di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1677Kb

Abstract

Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini ialah untuk menghasilkan tenaga keija yang mempunyai kemahiran dan kompetensi khusus bagi membolehkan mereka menjalankan peranan masing-masing. Oleh itu, pensyarah politeknik perlu memastikan mereka melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi-kompetensi agar proses pengajaran dapat ditingkatkan di politeknikpoliteknik. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada seseorang pensyarah dalam menghasilkan proses pengajaran yang efektif. Kajian ini telah dijalankan ke atas 105 orang pensyarah yang sedang berkhidmat di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah-pensyarah tersebut beranggapan bahawa kompetensikompetensi pengajaran adalah perlu mereka kuasai dalam menghasilkan pengajaran yang efektif. Mereka juga merasakan mereka mempunyai kompetensi pengajaran yang tinggi. Kompetensi-kompetensi pengajaran yang perlu bagi pensyarah berdasarkan keutamaan ialah kompetensi perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, penilaian pencapaian pelajar dan hubungan interpersonal. Oleh itu, seseorang pensyarah hendaklah memastikan mereka mempunyai kompetensi-kompetensi tersebut dalam menghasilkan pengajaran yang efektif.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1237
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:09
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page