Penghasilan iklan bercetak sebagai media pengajaran bagi kursus perdagangan: satu tinjauan

Ghazali, Nurol Aleyzan (2002) Penghasilan iklan bercetak sebagai media pengajaran bagi kursus perdagangan: satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1233Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan media pengajaran jenis iklan bercetak sebagai satu altenatif dalam pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Prinsip Pengiklanan kursus Diploma Pemasaran di Politeknik. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan menghasilkan media pengajaran iaitu iklan bercetak berdasarkan kepada keperluan sebenar pengguna dan menepati ciri-ciri iklan yang sebenar. Pengkaji telah melibatkan sejumlah 178 orang responden yang merupakan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), tiga buah syarikat pengiklanan dan tiga pensyarah Politeknik. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik bagi mengenal pasti ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna apabila membaca iklan. Kaedah temu bual berstruktur pula dilakukan kepada syarikat pengiklanan dan pensyarah untuk menilai iklan cetak yang dihasilkan sebagai iklan yang baik dan sesuai dijadikan sebagai media pengajaran. Data-data yang diperolehi direkodkan dengan menggunakan SPSS versi 10 dan seterusnya analisis telah dijalankan menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan pelajar sebagai pengguna peka dengan keperluan dan kepentingan iklan manakala syarikat pengiklanan dan pensyarah memberi maklum balas yang positif terhadap media pengajaran yang dihasilkan. Beberapa cadangan iklan cetak sebagai media pengajaran yang baik: dan berkesan telah dikenal pasti dalam kajian ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:1241
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page