Tinjauan keatas pola nilai, kepercayaan dan motivasi yang dihayati oleh pelajar KUiTTHO :satu kajian kes ke atas pelajar semester pertama program diploma kejuruteraan sesi 2001/2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Md. Adnan, Admawati (2001) Tinjauan keatas pola nilai, kepercayaan dan motivasi yang dihayati oleh pelajar KUiTTHO :satu kajian kes ke atas pelajar semester pertama program diploma kejuruteraan sesi 2001/2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1903Kb

Abstract

Kajian ini berjudul "Tinjauan ke atas pola nilai. kepercavaan dan motivasi yang dihayad oleh pelajar : Satu kajian kes di kalangan pelajar semester perlama program Diploma Kejuruteraan sesi 2001 / 2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.". Seramai 123 responden dipilih melalui kaedah persampelan berkelompok untuk mewakili 180 populasi kajian yang terdiri dari kumpulan pelajar Dipolma Kejuruteraan A warn, Elektrik dan Mekanikal. Kajian ini tertumpu kepada analisis soal selidik untuk mengumpul maklum balas responden mengenai; i) apakah perkara yang paling diingini dalam kehidupan, ii) apakah yang dianggap penting dalam kehidupan, iii) apakah cabaran yang paling membimbangkan dan iv) mengenai pasti aras kebolehan mengatasi tekanan kehidupan sebagai pelajar. Dapatan kajian mendapati 66.7% responden paling ingin menjadi seorang berwibawa dalam akademik sebagai perkara paling diingini dalam kehidupan, 62.6% responden mengatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan adalah pembangunan kerohanian, 43.1% responden meletakkan hubungan kurang baik dengan pensyarah sebagai cabaran yang paling membimbangkan. Mengenai aras kebolehan mengatasi tekanan kehidupan pula, kajian ini mendapati seramai 69.9% respoden mengatakan pegangan agama membantu mengatasi tekanan kehidupan, 65.9% responden menyatakan bahawa mereka memiliki tahap kepercayaan diri yang tinggi, 61.8% responden mempunyai keinginan memperbaiki kelemahan diri sendiri, 63.4% responden percaya disiplin yang baik membantu mengatasi tekanan hidup. Keseluruhan kajian ini mendapati responden memiliki pola pegangan nilai, kepercayaan dan motivasi yang positif terhadap prestasi akademik dan kehidupan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Motivation in education, achievement motivation
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1245
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 09:35
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page