Penglibatan wanita dalam profesion IT di Malaysia

Bujang, Siti Hudzaimah (2001) Penglibatan wanita dalam profesion IT di Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
952Kb

Abstract

Kajian ini mengkaji pola penglibatan wanita dan lelaki dalam pasaran buruh IT perkhidmatan awam Malaysia, khususnya di dalam sektor perkhidmatan gunasama serta perbandingan di antara pasaran buruh IT dengan pekerjaan-pekerjaan lain dalam perkhidmatan awam. Data-data untuk kajian ini diperolehi, disusun dan dikira dari pelbagai sumber sekunder. Sumber-sumber berkenaan termasuklah dari jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian dan penyelidik-penyelidik persendirian. Bagi perkhidmatan awam, data yang dipilih untuk analisis pola adalah data untuk tahun 1997 sehingga 2000. Manakala bagi sektor perkhidmatan gunasama, data yang terpilih adalah data yang diperolehi dari tahun 1975 sehingga 2000. Kajian ini mendapati bahawa personel IT wanita adalah lebih dominan dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi berbanding pekerjaan berkemahiran rendah. Dalam perkhidmatan gunasama, walaupun kadar penyertaan wanita adalah tinggi dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi, namun mereka juga adalah golongan terbesar dalam pekerjaan berkemahiran rendah. Semakin banyak peluang pekerjaan diwujudkan serta lebih ramai wanita memasuki bidang pekerjaan IT sejajar dengan perkembangan pesat IT di Malaysia. Kadar penyertaan wanita bagi perkhidmatan awam dalam bidang kejuruteraan adalah terlalu rendah berbanding bidang-bidang lain seperti komputer, sains perpustakaan dan perakaunan. Akhimya, beberapa cadangan turut dikemukakan untuk memperbaiki status wanita dalam struktur guna tenaga IT.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
ID Code:1249
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:35
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page