Pengurusan kewangan pelajar: satu tinjauan awal kepada keperluan kaunseling kewangan

Che Ismail, Che Rugayah (2001) Pengurusan kewangan pelajar: satu tinjauan awal kepada keperluan kaunseling kewangan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1249Kb

Abstract

Kebanyakan pelajar rnasa kini menghadapi krisis kewangan dan ramai daripada mereka tidak memiliki pengetahuan dan pendedahan yang diperlukan untuk mengurus kewangan mereka. Tujuan kajian ini adalah sebagai satu tinjauan awal pengurusan dan perancangan kewangan pelajar ke arah pembentukan satu perkhidmatan kaunseling kewangan, terutamanya kepada para pelajar yang berada dalam lingkungan usia 20-30 tahun kerana keadaan dan gaya kehidupan mereka agak berbeza daripada pelajar-pelajar remaja. Sarnpel kajian adalah terdiri daripada 108 orang pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) Semester Dua, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Para responden telah diagihkan dengan 35 item soal selidik yang mengandungi item-item berkenaan demografi, pengetahuan perakaunan, pola perbelanjaan, sikap perancangan belanjawan, masalah kewangan, dan bimbingan kewangan yang diperlukan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 10.0 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan para pelajar memerlukan bimbingan dan pendedahan pengurusan kewangan dalam menjana tabiat perbelanjaan yang bijak serta pengurusan kewangan yang mantap di kalangan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HG Finance
ID Code:1251
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:42
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page