Laman web pembelajaran elektronik II:pembangunan dan aplikasi strategi pembelajaran

Zaini, Mohd Zuhaidir (2003) Laman web pembelajaran elektronik II:pembangunan dan aplikasi strategi pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1646Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kecenderungan strategi pembelajaran pelajar dalam pembelajaran menerusi laman web yang dibangunkan. Kajian ini melibatkan penghasilan laman web pembelajaran bagi subjek Elektronik II, Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian laman web tersebut digunakan untuk menilai kecenderungan strategi pembelajaran pelajar semasa menggunakannya. Beberapa orang responden telah dipilih bagi menguji dan mengenal pasti kecenderungan strategi pembelajaran pelajar semasa menggunakan laman web tersebut. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Seberang Perai. Seramai 36 orang dipilih secara rawak mewakili populasi sebanyak 88 orang pelajar yang sedang mengambil subjek Elektronik H Kajian direka bentuk menggunakan pendekatan secara tinjauan dan pengumpulan data melalui instrumentasi soal selidik. Penganalisaan data menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11. Data dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan peratusan dan juga min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan strategi pembelajaran aktif semasa melayari laman web yang telah dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1252
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 09:40
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page