Hubungan di antara matapelajaran program sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO dan tahap kecekapan mengajar, graduan di Politeknik Shah Alam

Abdul Ghani, Noor Azimah (2001) Hubungan di antara matapelajaran program sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO dan tahap kecekapan mengajar, graduan di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1934Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan matapelajaran (Pedagogi dan Kaedah Mengajar Bidang Khusus) yang ditawarkan di bawah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO dalam membantu tugas graduan sebagai pensyarah di Politeknik. Hubungan di antara aspek kefahaman konsep matapelajaran dan kekerapan penggunaan ilmu serta kemahiran tersebut akan memberi gambaran tahap kccekapan mengajar, graduan KUiTTHO di Politeknik Shah Alam (PSA). Seramai 80 responden terdiri daripada 32 orang pengajar lelaki dan 48 orang pengajar perempuan yang dijadikan sampel bagi mewakili pensyarah-pensyarah lulusan KUiTTHO. Responden terdiri daripada pensyarah dari bidang kejuruteraan, perdagangan, sains dan matcmatik dan lain-lain bahagian sokongan di PSA. Kajian kes ini berbentuk diskriptif iaitu menggunakan kaedah tinjauan sampel oleh penyelidik. Jenis alat pengukuran yang digunakan bagi pengumpulan data adalah borang soal selidik yang mengandungi soalan soalan berkaitan dengan aspek kefahaman konsep matapelajaran yang dipelajari di KUiTTHO dan aspek kekerapan penggunaan konsep dan kemahiran tersebut di PSA. Penganalisisan data menggunakan kaedah analisis statistik diskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara matapelajaran dengan tahap kecekapan mengajar bagi graduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Didapati tahap kefahaman konsep yang dipelajari mampu melahirkan pensyarah yang berkualiti dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pengajar. Ini adalah kerana kemahiran-kemahiran seperti merancang. mengajar, mengaplikasikan ABBM, pengukuhan, variasi rangsangan, dan menilai mampu melahirkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila para pensyarah mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran tersebut dengan sebaik mungkin.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:College teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1253
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 09:40
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page