Penghasilan dan penilaian CD pembelajaran bagi subjek pneumatik

Abdul Rahman, Akmal (2003) Penghasilan dan penilaian CD pembelajaran bagi subjek pneumatik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1674Kb

Abstract

Perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran seperti gaya belajar dan motivasi. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pembelajaran menggunakan CD pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan CD pembelajaran untuk melihat sama ada aspek kefahaman dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan CD pembelajaran dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar semester lima Diploma Kejuaiteraan Mekanikal (Mekatronik) di Politeknik Kota Bharu (PKB). Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan CD pembelajaran yang dihasilkan dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar, di samping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan CD pembelajaran dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Teaching Aids and devices, Mechanical engineering Study and teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1257
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 09:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page