Persepsi terhadap profesyen juruaudit di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik sekitar Negeri Sembilan

Abd. Jalil, Md Hidayat (2004) Persepsi terhadap profesyen juruaudit di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik sekitar Negeri Sembilan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1323Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi terhadap profesyen juruaudit daripada responden (pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik, sekitar Negeri Sembilan). Kesemua data yang telah dikumpul akan dijadikan platform untuk membangunkan CD-ROM yang boleh digunakan sebagai panduan dan pengetahuan am terutamanya kepada para pelajar. Bagi kegunaan sekolah, guru boleh menayangkan CD-ROM ini sebagai motivasi kepada bekas pelajar PMR (Penilaian Menengah Rendah) untuk memilih keIjaya ini (aliran perdagangan) apabila mereka memasuki tahap pendidikan yang lebih tinggi (tingkatan empat). Tambahan pula, ia memberi sedikit pendedahan kepada pelajar berkaitan keIjaya mereka pada masa depan. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 di mana statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan crosstabulation telah digunapakai untuk menganalisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara majoritinya, kesemua responden mempunyai persepsi yang salah mengenai profesyen juruaudit berpandukan kepada jenis juruaudit, tanggungjawab juruaudit, peraturan yang perlu dipatuhi oleh juruaudit dan pihak yang terlibat dengan profesyen juruaudit. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa secara umumnya, persepsi responden lelaki sebenamya lebih tepat sekiranya dibandingkan dengan responden perempuan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:1259
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:50
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page