Membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer untuk subjek sistem kenderaan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka

Zakaria, Leilawati (2003) Membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer untuk subjek sistem kenderaan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1832Kb

Abstract

Projek sarjana ini merupakan satu kajian terhadap pembangunan bahan pengajaran berasaskan komputer untuk Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Kajian ini menjurus kepada penggunaan satu perisian yang dikenali sebagai Macromedia Authorware bagi menghasilkan bahan pengajaran berasaskan komputer ini. Tiga dimensi kriteria multimedia digunakan untuk menilai bahan pengajaran berasaskan komputer iaitu isi kandungan, persembahan dan aspek teknikal. Kaedah soal selidik dijalankan bagi menguji keberkesanan bahan pengajaran berasaskan komputer yang telah dihasilkan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Ujian statistik deskriptif telah digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa bahan pengajaran berasaskan komputer dapat diterima oleh pensyarah dan pelajar dengan mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa banyak lagi elemen yang boleh ditambah dan diperbaiki untuk meningkatkan kualiti bahan pengajaran berasaskan komputer ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1261
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 09:50
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page