Program Pendidikan Khas (pekak) di Institusi Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia

Hussain, Mohamad Reduan (2004) Program Pendidikan Khas (pekak) di Institusi Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1312Kb

Abstract

Kajian mengenai Program Pendidikan Khas (pekak) Di Institusi Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan antara guru yang mengajar pelajar khas (pekak) dengan guru teknikal biasa dari aspek perspektif, pengetahuan serta kemahiran yang berfokuskan kepada gaya pembelajaran dalam mengelola dan melatih pelajar khas (pekak) teknik dan vokasional. Sampel kajian terdiri dari 60 orang guru teknikal dari empat buah institusi pendidikan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Politeknik Johor Bahru, Johor, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan SM Teknik Jalan Stadium Kedah. Maklum balas yang diperolehi dan borang soal selidik dianalisis menggunakan statistik diskriptif dan statistik inferensi. Hasil analisis diskriptif dipersembahkan dalam bentuk skor min untuk mengenalpasti tahap perspektif dan pengetahuan gum serta pensyarah dalam kajian ini. Manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t untuk menentukan samada terdapat perbezaan antara guru pendidikan khas (pekak) teknikal dengan guru teknikal biasa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara guru yang mengajar pelajar khas (pekak) dengan guru teknikal biasa dari aspek gaya pembelajaran yang diamalkan. Hasil daripada analisis diskriptif menunjukkan, lebih daripada 50% responden dalam kajian tidak mengetahui mengenai program pendidikan khas (pekak) ini terutamanya guru atau pensyarah yang tidak terlibat dengan program ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
ID Code:1263
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page