Mengkaji corak pengurusan masa:kaitannya dengan prestasi akademik dan peribadi pelajar

Mohd Taib, Arifah (2002) Mengkaji corak pengurusan masa:kaitannya dengan prestasi akademik dan peribadi pelajar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1725Kb

Abstract

Projek ini bertujuan mengkaji corak pengurusan masa : perkaitannya dengan prestasi akademik dan peribadi pelajar merupakan sasaran penyelidikan ini. Penyelidikan ini mengkaji perkaitan di antara corak pengurusan masa dengan pencapaian pelajar dalam akademik serta pengaruh pembinaan peribadi atau sikap pelajar terhadap pembentukan corak pengurusan masa mereka. Pelajar seringkali menghadapi masalah yang berkaitan dengan pengurusan masa yang sempurna. Lantaran itu penyelidik cuba meneari satu penyelesaian bagi masalah ini menerusi kajian yang dilakukan. Jadual waktu merupakan satu pendekatan yang boleh dipraktikan supaya masa dapat diatur dengan bersistematik. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Daripada dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, corak pengurusan masa bagi seseorang pelajar lebih menekankan kepada sikap, peribadi serta sahsiah diri mereka sendiri dalam memastikan keberkesanan pengurusan masa. Berdasarkan kepada hasil kajian penyelidik mendapati kebijaksanaan pelajar mengatur rancangan pembelajaran serta kesungguhan mereka dalam melaksanakan apa yang telah dirancang yang menjadikan mereka seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam akademik.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Study skills, Time management
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1265
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 09:54
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page