Tahap pengawalan pihak pengurusan politeknik dalam mengurangkan gejala sosial di kalangan pelajar

Samat, Siti Mariam (2002) Tahap pengawalan pihak pengurusan politeknik dalam mengurangkan gejala sosial di kalangan pelajar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1159Kb

Abstract

Kebelakangan ini gejala sosial di kalangan pelajar sama ada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi semakin membimbangkan kita. Berita-berita dan laporan media massa dan elektronik tentang gejala sosial seperti berdua-duaan (coupling), berpeleseran, bersekedudukan, membuang bayi dan pergaulan bebas kerap kali dilaporkan dan semacam sudah menjadi perkara biasa. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengawalan dan tahap kejayaan pengawalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan politeknik dalam menangani gejala sosia1 di kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan di Politeknik Kota Bharu dan 100 orang pensyarahnya dikenalpasti sebagai responden kajian. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 10.0 melibatkan peratusan dan purata min. Dapatan kajian mendapati bahawa pihak pengurusan politeknik sudah melakukan pengawalan yang tinggi dalam menangani masalah ini. Namun mungkin disebabkan faktor-faktor di luar kawalan maka gejala sosial dllihat masih berlaku di politeknik walaupun ianya tidaklah berapa serius.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
ID Code:1268
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 10:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page