Penghasilan album elektronik untuk subjek penyenggaraan kerja kayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Ibrahim Mukhtar, Marina (2003) Penghasilan album elektronik untuk subjek penyenggaraan kerja kayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1666Kb

Abstract

Album elektronik merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan komputer yang digunakan bagi menyampaikan isi pelajaran. Album elektronik ini menggunakan konsep penghasilan CD photo, di mana himpunan gambar digital yang dimasukkan ke dalam CD-ROM. Dalam kajian ini, pengkaji ingin meninjau penggunaan album elektronik untuk Subjek Penyenggaraan Keija Kayu sebagai pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KKKPM). Tinjauan dibuat untuk melihat persepsi pelajar terhadap ciri-ciri e-album dari aspek memotivasikan, menarik perhatian, memudahkan pemahaman, memberi gambaran realistik dan mesra pengguna. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Segamat, No. 24-34, Jalan Putera 1/1, 85000 Segamat, Johor. Manakala respondennya terdiri daripada pelajar Sijil Kursus Penyelenggaraan Bangunan. Pengkaji memilih soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan Statistical Package For social Sciences (SPSS) version 11.5 yang dipersembahkan dalam bentuk skor min. Hasil analisis menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap album elektronik ini dalam pembelajaran mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Teaching Aids and devices, Compact discs in education, Computer-assisted instruction
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1271
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page