Penglibatan usahawan dalam perlaksanaan kerja kecil di Majlis Perbandaran Batu Pahat :satu kajian kes

Nordin, Mohd Zahari (2002) Penglibatan usahawan dalam perlaksanaan kerja kecil di Majlis Perbandaran Batu Pahat :satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1115Kb

Abstract

Aktiviti pembangunan di Malaysia yang aktif dewasa kini telah menarik ramai pihak untuk terlibat sebagai kontraktor pembinaan khususnya kaum Bumiputera. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya saing bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, para usahawan yang menceburkan diri dalam bidang pembinaan khususnya sebagai kontraktor kecil menghadapi pelbagai masalah sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Kontraktor kecil yang mendapatkan projek daripada kontraktor utama atau pihak swasta terutamanya, turut menghadapi masalah dalam perlaksanaan operasi. Antaranya ialah sukar mendapatkan modal dari institusi kewangan, kelewatan dalam mendapatkan bayaran dari kerja yang telah dilaksanakan dan sebagainya. Sejajar dengan perancangan pihak kerajaan untuk menyalurkan kerja kecil untuk dilaksanakan oleh kontraktor Kelas F. Maka, sektor kerajaan dilihat sebagai salah satu pihak yang boleh dijadikan tumpuan utama di kalangan kontraktor kecil khususnya Kelas F untuk mendapatkan peluang kerja. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti skop kerja kecil yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan, mengenalpasti kaedah pengagihan kerja kecil yang diamalkan, mengenalpasti kriteria-kriteria yang dipertimbangkan dalam memilih kontraktor untuk melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan, mengenalpasti masalah masalah syarikat kontraktor yang pernah melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan dan seterusnya mengenalpasti latar belakang pendidikan kontraktor terlibat. Proses pengumpulan data utama dibuat dengan mendapatkan maklumbalas daripada pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan juga di kalangan kontraktor Kelas F bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dari kajian yang dijalankan telah mengenalpasti bahawa terdapat 32 skop kerja kecil yang ditawarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan. Kerja kecil tersebut diagihkan kepada para kontraktor melalui tiga kaedah utama iaitu melalui undian, lantikan terus dan sebutharga. Terdapat pelbagai kriteria yang dipertimbangkan dalam proses pemilihan kontraktor bergantung kepada kaedah pengagihan yang digunakan. Di akhir kajian, satu produk iaitu Modul Keusahawanan Kerja Kecil dibangunkan berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:1288
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:18
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page