Kemahiran keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks

Husaini, Muhammad Haron and Ahmad, Khairul Anuar (2008) Kemahiran keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
681Kb

Abstract

Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajarpelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kajian dengan metod Analisis Kandungan (Content Analysis) ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana buku-buku teks bahasa Arab yang digunapakai oleh pelajarpelajar Fakulti Pengurusan & Muamalat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengandungi ciri-ciri kamahiran keusahawanan seperti keupayaan meneroka peluang, membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti serta inovasi dalam aktiviti berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Kajian ini mencadangkan supaya beberapa pindaan perlu dibuat terhadap kandungan buku-buku tersebut terutama penambahan kosa kata, frasa dan ayat yang berkaitan dengan bidang keusahawanan atau perniagaan. Contoh-contoh situasi yang ada kaitan dengan kehidupan dan pengkhususan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan minat dan kemahiran bahasa mereka. Justeru, pendekatan, reka bentuk buku serta kaedah penyampaiannya yang memenuhi keperluan, semasa dan bersifat mesra pelanggan seharusnya dititikberatkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:keusahawanan, buku-buku teks
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:129
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:10 Mar 2010 14:43
Last Modified:21 Jan 2015 16:11

Repository Staff Only: item control page