Pembangunan dan penilaian panduan keselamatan di bilik dapur bagi pengajaran dan pembelajaran dalam pengurusan hotel katering

Yusof, Zuhaila (2003) Pembangunan dan penilaian panduan keselamatan di bilik dapur bagi pengajaran dan pembelajaran dalam pengurusan hotel katering. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1391Kb

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk membangunkan Panduan Keselamatan Di Bilik Dapur untuk kegunaan pelajar bagi kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Panduan telah dibangunkan menggunakan media transparensi dan telah diuji kebolehgunaan serta keberkesanannya melalui kaedah kuasi eksperimen secara pra-tinjauan dan pasca-tinjauan. Sampel kajian bagi tujuan penilaian adalah terdiri daripada 40 orang pelajar kursus Sijil Pengurusan Hotel dan Katering. Pra-tinjauan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa tahap sikap, pengetahuan dan amalan keselamatan di kalangan pelajar adalah rendah. Pasca-tinjauan menunjukkan, terdapat peningkatan dari segi tiga elemen di atas. Ujian-z1 berpasangan menunjukkan bahawa peningkatan tersebut adalah signifikan secara statistik pada tahap 5%. Berdasarkan pasca-tinjauan, skor min menunjukkan peningkatan 4.31 bagi item sikap berbanding skor min 2.59 dalam pratinjauan. Item pengetahuan, skor min menunjukkan peningkatan 4.39 berbanding skor min 2.71 dalam pra-tinjauan. Bagi item amalan keselamatan, skor min menunjukkan peningkatan 4.35 melalui pasca-tinjauan, berbanding skor min 3 dalam pra-tinjauan. Ini membuktikan bahawa panduan keselamatan yang dibangunkan telah mencapai tahap kebolehgunaan dan keberkesanan di kalangan pelajar. Kesimpulan telah dibuat bahawa panduan ini beijaya membina sikap, pengetahuan dan amalan keselamatan yang lebih positif di kalangan pelajar Pengurusan Hotel dan Katering. Berdasarkan dapatan ini adalah dijangkakan, risiko kemalangan di bilik dapur dapat dikurangkan pada tahap yang paling minima dengan dengan penggunaan Panduan Keselamatan yang dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TX Home economics
ID Code:1295
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 10:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page