Pembangunan dan penilaian e-modul bagi topik struktur binaan tangga subjek teknologi bahan dan binaan

Mohamed, Maziana (2003) Pembangunan dan penilaian e-modul bagi topik struktur binaan tangga subjek teknologi bahan dan binaan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1206Kb

Abstract

Penggunaan e-modul merupakan satu alternatif untuk memperkembangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi. E-modul direkabentuk untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut perkembangan individu. Kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan untuk menilai modul yang dibangunkan dari aspek isi kandungan, sifat mesra pengguna, rekabentuk antara muka dan persembahan serta penggunaan bahasa. Responden bagi kajian ini ialah seramai 34 orang pelajar Semester II, Sijil Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Melalui penggunaan instrumen soal selidik, pengumpulan data dilakukan berdasarkan maklumbalas responden terhadap aspek yang dinyatakan bagi perisian ini. Kesemua data terkumpul dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.5 for Windows (Statistical Package for Social Science) bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai dan jadual frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan respon yang positif dengan nilai skor min yang tinggi bagi kebanyakan item. Daripada maklumbalas responden, dapat dirumuskan bahawa perisian yang dibangunkan mempunyai isi kandungan yang jelas dan memenuhi keperluan silibus, bersifat mesra pengguna, mempunyai rekabentuk antara muka dan persembahan yang menarik dan penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Oleh itu, e-modul yang dibangunkan ini boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri bagi memangkinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1303
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 11:17
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page