Pembinaan enjin pencari ODITS (Online Database for Information Technology Student) di Politeknik Ungku Omar

Frey Khan, Rose Sharijan (2002) Pembinaan enjin pencari ODITS (Online Database for Information Technology Student) di Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1642Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkisar tentang pembelajaran rnelalui pencarian maklumat pembelajaran menggunakan enjin pencari. Terdapat banyak jenis enjin pencari yang popular di dalam internet seperti Yahoo, Google, Altavista, Infoseek dan Excite. Namun begitu, enjin pencari tersebut mempamerkan keputusan carian secara meluas dan ada kalanya tidak berkaitan dengan carian topik. Oleh sebab itu, pengguna internet perlu mempunyai kemahiran untuk melakukan carian bagi mendapatkan keputusan carian yang bersesuaian dengan carian ke atas topik. Pengguna internet juga mesti mengkaji dan mempraktikkan beberapa teknik untuk memperincikan keputusan carian dalam memperolehi maklumat yang relevan. Alternatif kepada masalah ini adalah membangunkan enjin pencari ODITS untuk kegunaan pelajar. Di dalam enjin pencari ini, aspek-aspek yang dikaji adalah rekabentuk antaramuka, penggunaan enjin pencari dalam mendapatkan bahan pembelajaran, pembelajaran kendiri dan rujukan tambahan untuk kegunaan pelajar. Seramai 28 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat semester III dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Ia dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A (demografi), bahagian B (bahan pembelajaran), bahagian C (pembelajaran kendiri) dan bahagian E (rujukan tambahan). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences). Data-data dipaparkan di dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rekabentuk antaramuka enjin pencari ODITS adalah menarik dan enjin pencari ODITS boleh dijadikan bahan pembelajaran. Selain itu, pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dan penggunaan enjin pencari ini boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada para pelajar. Akhir sekali, beberapa cadangan untuk kajian lanjutan telah dikemukakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
ID Code:1305
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 10:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page