Pembentukan modus operandi bagi menangani masalah budaya samseng dan salah laku sosial di sekolah : tiga sekolah sampel di dalam daerah Batu Pahat

Musta'amal @ Jamal, Aede Hatib and Mohd Arish, Ahmad Kamal (1999) Pembentukan modus operandi bagi menangani masalah budaya samseng dan salah laku sosial di sekolah : tiga sekolah sampel di dalam daerah Batu Pahat. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1997Kb

Abstract

Peningkatan kes salah laku di sekolah pada akhir-akhir ini menggemparkan banyak pihak. Kes-kes yang berlaku bukan sahaja melibatkan peimasalahan perlanggaran peraturan-peraturan sekolah sahaja, malahan ia telah menunjukkan kewujudan budaya samseng di sekolah. Dalam kajian ini permasalahan budaya samseng dan salah laku sekolah disoroti secara meninjau aspek-aspek punca permasalahan, faktor faktor penyumbang dan penghayatan pihak sekolah terhadap perlaksanaan peraturan sekolah yang diperuntukkan. Dalam kajian ini penelitian rekod tindakan tatatertib atau hukuman salah laku pelajar di sekolah dilakukan. Soal selidik digunakan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan mekanisme kawalan sosial sedia ada. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya kepincangan dalam pelaksanaan mekanisme kawalan sosial di sekolah dari aspek perekodan dan kejelasan klasifikasi dimensi salah laku sosial di kalangan pelajar

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:School discipline, school violence, Juvenile delinquency Prevention
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1309
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page