Pembangunan templat laman web interaktif untuk pensyarah politeknik

Ishak, Isfa Kamal (2002) Pembangunan templat laman web interaktif untuk pensyarah politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1576Kb

Abstract

Perkembangan teknologi Internet dan kepesatan ilmu Teknologi Maklumat memberi impak yang hebat kepada bidang pendidikan. Ia merupakan satu cabaran kepada warga pendidik untuk menyerap dan mengaplikasikan teknologi ini di dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa tentulah usahamurni mereka akan menghadapi rintangan dan dugaaa Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti keperluan kepada satu templat yang boleh membantu pensyarah politeknik membina laman web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Projek Saijana ini seterusnya membangunkan satu templat laman web interaktif yang boleh memudahkan proses membina dan mengemaskini laman web oleh pensyarah politeknik. Populasi kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran membina laman web di kalangan pensyarah adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya kekangan-kekangan yang menghalang pensyarah membina laman web untuk pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya para pensyarah menyokong pembinaan satu templat yang boleh membantu mereka membina laman web. Akhirnya, dapatan kajian merumuskan satu set kriteria laman templat yang akan menarik pensyarah untuk menggunakannya. Oleh itu dicadangkan kepada pihak yang terbabit supaya dapat memperkembangkan lagi prototaip yang telah dibina ini sehingga ianya digunakan sebagai fasiliti Teknologi Maklumat di politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1311
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 11:01
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page