Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Salleh, Bibie Sara (2002) Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1417Kb

Abstract

Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden terdiri daripada 60 orang iaitu 21 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 20 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 19 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ke atas tahap keberkesanan latihan industri adalah dilihat dari 3 persoalan kajian yang pertama iaitu, 1- sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian program latihan industri, 2- apakah tahap kesediaan pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri dan 3-sejauh manakah sokongan yang diberikan oleh pihak organisasi terhadap program latihan industri. Data-data dianalisis daripada soal-selidik ke dalam bentuk min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO adalah tinggi merujuk kepada tahap kesediaan pelajar dalam menjalani latihan dan sokongan organisasi tempat latihan terhadap program latihan industri. Tetapi tahap keberkesanan yang merujuk kepada peranan pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian latihan industri adalah di tahap sederhana.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1317
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 11:34
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page