Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan ke atas pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO

Abdul Razak, Azizah (2002) Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan ke atas pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2003Kb

Abstract

Kajian ini bertajuk "Penglibatan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Dan Saijana Muda KUiTTHO". Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar serta mengukur persepsi mereka terhadap kegiatan kokurikulum. Sampel kajian ini adalah seramai 145 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Saijana Muda KUiTTHO. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan dua jenis instrumen iaitu soal selidik dan temubual untuk mengumpul data. Hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil daripada analisis tersebut mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik (indeks korelasi -0.412). Manakala bagi persepsi para pelajar ke atas kegiatan kokurikulum dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan dapatan menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas kegiatan kokurikulum. Kesemua analisis ini dilakukan dengan menggunakan 'Statistical Package For Social Science' (SPSS) versi 10.0 dan Microsoft Excel.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Academic achievement evaluation, curriculum evaluation, Educational tests and measurements
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1321
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page