Kecekapan dan keperluan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam program latihan mengajar

Nasir, Noraziha (2004) Kecekapan dan keperluan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam program latihan mengajar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1920Kb

Abstract

Program Latihan Mengajar merupakan satu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian "Kecekapan Dan Keperluan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Dalam Program Latihan Mengajar" adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecekapan pelajar dalam memenuhi kriteria-kriteria penilaian pensyarah penyelia semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat keperluan dan penerimaan pelajar terhadap penghasilan Buku Panduan Kecekapan Mengajar. Seramai 80 orang pelajar Semester 2 dan 3 sesi 2002/2003 serta 45 orang pelajar Semester 3 sesi 2003/2004 Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dijadikan sampel kajian. Kajian berbentuk tinjauan ini telah menggunakan borang pencerapan markah dan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Perisian SPSS Version 11.5 (Statistical Package for Social Sciences) digunakan dalam menganalisis data bagi memperolehi kekerapan dan skor min. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kecekapan pelajar dalam memenuhi kriteria-kriteria penilaian pensyarah penyelia adalah tidak mencapai kepada 100 peratus baik. Hasil kajian juga, jelas membuktikan bahawa Buku Panduan Kecekapan Mengajar adalah perlu dibangunkan dan mempunyai tahap penerimaan yang baik oleh pelajar. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dikemaskini bagi menjamin keberkesannya. Ia diharap dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kecekapan mengajar semasa menjalani latihan mengajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1322
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 10:47
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page