Persepsi usahawan industri kecil bumiputera terhadap aspek perlaksaan strategi pemasaran :satu tinjauan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Mohamood, Maziharita (2001) Persepsi usahawan industri kecil bumiputera terhadap aspek perlaksaan strategi pemasaran :satu tinjauan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1000Kb

Abstract

Strategi pemasaran memainkan peranan penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran daripada persepsi usahawan industri kecil bumiputera. Kajian ini diharapkan dapat memberi garis panduan dan pengetahuan yang berguna kepada usahawan industri kecil bumiputera tentang aspek-aspek yang sewajarnya diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran. Sampei kajian terdiri daripada 86 orang usahawan industri kecil bumiputera yang terdapat di kawasan Parit Raja yang berada di bawah Mukim Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Instrument yang digunakan daiam kajian ini ialah borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS (Statisticai Package for Sociai Science) versi 10.0. Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengetahui aspek aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran. Dapatan kajian menunjukkan usahawan industri kecil bumiputera kurang memberi penekanan terhadap aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran. Usahawan menggunakan strategi-strategi yang tertentu sahaja dalam mengurus dan mengendaiikan perniagaan mereka. Namun begitu, para usahawan ini mempunyai asas pengetahuan yang baik tentang strategi pemasaran yang terdiri daripada strategi barangan, harga, saluran agihan dan promosi. Pada bab akhir penulisan ini, beberapa cadangan dan idea dikemukakan agar menjadi panduan dan rujukan para usahawan dan pihak-pihak yang berkaitan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:1323
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:44
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page