Penggunaan ABBM berbantukan komputer bagi subjek pemasaran di kalangan pelajar Politeknik Port Dickson

Mohammad Noor, Mastura (2003) Penggunaan ABBM berbantukan komputer bagi subjek pemasaran di kalangan pelajar Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
806Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi subjek Pemasaran. ABBM ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan dinilai dari segi menarik min at, persembahan dan kesesuaian. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson. Data dikumpulkan melalui kaedah soal selidik dan dianalisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan penilaian terhadap pembangunan ABBM berbantukan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat tinggi. Ini bermaksud ABBM ini sesuai digunakan di Politeknik Port Dickson di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1324
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 10:58
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page