Kemahiran menggunakan peralatan dan perisian dalam menghasilkan produk ukur : satu tinjauan ke atas pelajar diploma ukur tanah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Elias, Sarina (2002) Kemahiran menggunakan peralatan dan perisian dalam menghasilkan produk ukur : satu tinjauan ke atas pelajar diploma ukur tanah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1588Kb

Abstract

Projek ini adalah untuk melihat kemahiran yang diperlukan oleh pelajar Diploma Ukur Tanah dalam menggunakan peralatan ukur dan perisian berkaitan. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang pelajar semester keenam yang sedang mengikuti kursus Diploma Ukur Tanah di Politeknik Sultan Haji Ahamd Shah, Kuantan Pahang. Perolehan data adalah melalui borang soal selidik. Pengkaji memberi tumpuan kepada persoalan kajian yang melihat kepada tiga aspek iaitu, jenis-jenis peralatan dan perisian ukur tanah di firma ukur tanah, aspek kemahiran-kemahiran yang dimiliki pelajar meliputi kemahiran menggunakan peralatan ukur, kemahiran menggunakan perisian ukur dan kemahiran-kemahiran asas meliputi teori yang diperlukan dalam kerja-kerja ukur dan dalam menghasilan produk ukur. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mahir menggunakan alat ukur manual dan kemahiran pelajar terhadap penggunaan perisian adalah tidak pelbagai. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar mahir dalam mengaplikasikan teori-teori yang digunakan dalam kerja ukur dan penghasilan produk ukur.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA501-625 Surveying
ID Code:1332
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 10:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page