Hubungan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru Program Pendidikan Inklusif dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Ariffin, Arihasnida and Nordian, Nur Fatin Nadiah and Hamzah, Norhasyimah and Zakaria, Normah and Rubani, Siti Nur Kamariah (2021) Hubungan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru Program Pendidikan Inklusif dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, 6 (1). pp. 7-14.

[img] Text
J12261_f625fff874a193838cdd2de9ed7841c8.pdf
Restricted to Registered users only

Download (353kB) | Request a copy

Abstract

Permasalahan timbul dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Inklusif dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) apabila terhasilnya guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan yang melampau memberi kesan kepada perhubungan antara guru PPI, pelajar dan juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru PPI dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sekitar Negeri Johor. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 113 guru PPI yang mengajar subjek MPV yang dipilih secara rawak mudah. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru PPI. Pemantauan terhadap persepsi guru adalah amat penting bukan sahaja untuk Mata Pelajaran Vokasional malahan subjek-subjek lain dan memberikan kebaikan serta kejayaan kepada setiap program dalam bidang Pendidikan Khas di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Program Pendidikan Inklusif (PPI); Mata Pelajaran Vokasional; kerenah pelajar; tekanan.
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Mohamad Zulkhibri Rahmad
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:15
Last Modified: 07 Feb 2023 03:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1335

Actions (login required)

View Item View Item