Prestasi dan perlaksanaan kawalan kuasa untuk sistem W-CDMA

Ramli, Khairun Nidzam (2004) Prestasi dan perlaksanaan kawalan kuasa untuk sistem W-CDMA. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1410Kb

Abstract

Pasaran perhubungan bersel telah berkembang secara mendadak pada beberapa tahun kebelakangan ini. Matlamat utama sistem perhubungan bersel ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan tanpa perlu memilih masa dan tempat. Teknologi antaramuka udara ' Wideband Code Division Multiple Access' ataupun secara ringkas W-CDMA telah dipilih untuk kebanyakan pengendali perkhidmatan perhubungan bersel di dalam merealisasikan perlaksanaan sistem perhubungan bersel generasi baru ini. Sistem W-CDMA diharapkan sebagai langkah pertama ke arah sistem bersel digit Generasi Ketiga. Salah satu daripada pengurusan sumber-sumber radio W-CDMA yang kritikal ialah kawalan kuasa. Tanpa kehadiran kawalan kuasa, kesan fenomena gangguan hujung-dekat-hujung-jauh menjadi perusa dan muatan sistem bergerak W-CDMA adalah sangat rendah. Takrifan kawalan kuasa yang baik adalah penting untuk sistem W-CDMA berfungsi dengan betul dan membolehkan pengguna-pengguna untuk berkongsi sumber-sumber sistem W-CDMA secara bersama di antara mereka. Tambahan lagi, dengan kawalan kuasa yang betul membolehkan jumlah penghantaran kuasa sistem bergerak dikurangkan kepada tahap minimum supaya tiada kuasa berlebihan yang diperlukan telah disinarkan dan melanjutkan hayat bated. Disertasi ini adalah hasil kajian ke atas prestasi algoritma kawalan kuasa sistem W-CDMA melalui simulasi komputer yang telah dibangunkan. Kesan perubahan beberapa parameter masukan terhadap mutu dan muatan sistem telah dianalisis berdasarkan beberapa andaian. Dua algoritma kawalan kuasa yang berlainan juga dibandingkan untuk menentukan prestasi algoritma yang menghasilkan keputusan yang lebih baik. Keputusan simulasi menunjukkan bahawa kawalan kuasa berupaya mengatasi masalah pemudaran isyarat dan gangguan hujung-dekat-hujungjauh dengan menghasilkan tahap gangguan yang minimum bagi semua pengguna. Algoritma DSSPC (Dynamic Step Size Power Control) menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding algoritma FSSPC (Fixed Step Size Power Control) berdasarkan kepada keputusan simulasi yang telah dilakukan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
ID Code:1335
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 10:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page