Abdul Rahman, Md Baharuddin (2002) Kepentingan pendidikan teknik dan vokasional serta kemahiran generik : kajian ke atas usahawan projek sekitar jajahan Kota Bharu dan Pasir Mas. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
| PDF 1606Kb |
Abstract
Kajian kes ini bertujuan untuk meninjau kepentingan elemen-elemen pendidikan teknik dan vokasional serta ciri-ciri usahawan kepada usahawan projek. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Jajahan Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan. Ianya meliputi populasi kontraktor yang aktif sebanyak 30 orang dan sampel kajian seramai 28 orang telah dipilih. Dapatan kajian yang diperolehi akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif merangkumi taburan frekuensi dan ukuran kecenderungan memusat (min). Kajian yang dijalankan terhadap kontraktor menunjukkkan bahawa majoriti daripada mereka berpandangan yang positif terhadap kepentingan pendidikan teknik dan vokasional. Kontraktor juga memberi perhatian kepada faktor-faktor yang berkaitan kemahiran generik dalam diri mereka. Kajian ini telah beijaya mengenalpasti kepentingan pendidikan teknik dan vokasional dan kemahiran generik dalam membimbing para kontraktor sehingga mereka berjaya. Bagi aspek tambahan dalam pembangunan kerjaya, responden memberi pandangan yang positif terhadap beberapa dimensi yang boleh digunakan seterusnya.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education |
| ID Code: | 1337 |
| Deposited By: | Normajihan Abd. Rahman |
| Deposited On: | 20 Apr 2011 11:31 |
| Last Modified: | 29 Apr 2011 14:44 |
Repository Staff Only: item control page

