Tahap kompetensi lulusan Diploma Akauntansi Politeknik :satu kajian persepsi majikan

Ab. Rahman, Fauzan (2002) Tahap kompetensi lulusan Diploma Akauntansi Politeknik :satu kajian persepsi majikan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
927Kb

Abstract

Perubahan persekitaran yang berlaku di dalam dunia perniagaan telah memberi tekanan kepada profesion perakaunan. Profesion menghadapi cabaran yang datang bersama-sama perkembangan di dalam ekonomi global yang menuntut kompetensi dalam aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan meninjau persepsi majikan terhadap tahap kompetensi lulusan Diploma Akauntansi Politeknik dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan etika kerja. Populasi kajian adalah majikan kepada lulusan Diploma Akauntansi daripada tiga buah politeknik iaitu Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah dan Politeknik Kuching, Sarawak. Borang soal selidik dihantar melalui pos kepada 66 orang responden dan 25 borang telah dikembalikan. Dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 10.0, datadata dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan peratusan dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan majikan berpendapat bahawa lulusan Diploma Akauntansi Politeknik mempunyai tahap kompetensi yang sederhana dalam aspekaspek pengetahuan dan kemahiran, manakala mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam aspek-aspek sikap dan etika kerja. Secara keseluruhannya majikan berpendapat lulusan Diploma Akauntansi Politeknik mempunyai tahap kompetensi yang sederhana.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
ID Code:1345
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 10:57
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page