Pembangunan dan penilaian laman web berasaskan taksonomi simpson bagi tajuk kemahiran mendirisiap alat teodolit untuk mata pelajaran ilmu ukur

Yasak, Zurina (2006) Pembangunan dan penilaian laman web berasaskan taksonomi simpson bagi tajuk kemahiran mendirisiap alat teodolit untuk mata pelajaran ilmu ukur. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]PDF
1062Kb

Abstract

Penggunaan laman web sebagai bahan bantu pengajaran yang semakin banyak digunakan di Malaysia telah memberikan satu cabaran kepada pembelajaran berasaskan sesuatu kemahiran. Penilaian kemahiran atau domain psikomotor selalunya dinilai berdasarkan aras Taksonorni Simpson (1972) yang mengandungi aras pengamatan, persediaan, pergerakan terhad, mekanisme, pergerakan khusus, adaptasi dan keaslian. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu laman web pembelajaran kemah iran mendirisiap teodolit berasaskan Taksonomi Simpson. Data yang dikumpulkan adalah secara kuantitatif dan kualitatif. Populasi bagi kajian ini adalah seramai 99 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Ilmu Ukur di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Sampel yang diambil untuk mengetahui keperluan reka bentuk laman web yang akan dibina adalah seramai 80 orang manakala 29 orang terlibat untuk menilai laman web tersebut. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik reka bentuk laman web, ujian penilaian (pra dan pos), borang penilaian laman web, rakaman video, rakaman skrin, fail logging dan pemerhatian. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data kualitatif dianalisis secara pembentukan tema. Dapatan kajian mendapati elemen teks menjadi pilihan utama dalam keperluan reka bentuk antara muka dengan min 4.18 diikuti video (4.17), grafik (4.08), animasi (4.03) dan audio (3.81). Bagi keperluan reka bentuk informasi (strategi pengajaran) laman web mata pelajaran teknikal ini, min yang dipero1eh adalah 4.12 dan min bagi reka bentuk interaksi adalah 4.17. Di samping itu, berlaku peningkatan kemahiran pelajar pada setiap aras Taksonomi Simpson selepas menggunakan laman web pembelajaran terutamanya pada aras pertengahan iaitu aras persediaan, pergerakan terhad, mekanisme dan pergerakan khusus. Pelajar juga dilihat banyak melakukan pengulangan ke halaman yang dapat memberikan informasi kepada mereka apabila mempelajari kemahiran mendirisiap menerusi laman web.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
ID Code:1367
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:20 Apr 2011 11:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page