Penghasilan manual garis panduan pembinaan item aneka pilihan

Ismil, Abdull Sulaiman (2004) Penghasilan manual garis panduan pembinaan item aneka pilihan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1497Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan manual garis panduan di dalam pembinaan item aneka pilihan. Sejajar dengan kepentingan item aneka pilihan sebagai salah satu instrumen di dalam menilai tahap pencapaian pelajar, sebuah manual yang bertajuk Garis Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan telah dihasilkan. Kandungan manual ini mengandungi langkah-langkah yang perlu diberi perhatian di dalam pembinaan item aneka pilihan. Melalui kajian ini, didapati bahawa ia dapat penerimaan positif daripada responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah. Ini menunjukkan bahawa isi kandungan, rekabentuk dan tahap kebolehgunaan manual yang dihasilkan ini adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai panduan para pembina item. Penghasilan manual ini diharapkan dapat membantu para pembina item di dalam menghasilkan item aneka pilihan yang berkualiti dan baik serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1377
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 11:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page