Pengurusan masa pelajar kejuruteraan Pendididikan Jarak Jauh(PJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM): ke arah pembinaan jadual pengurusan masa pelajar kejuruteraan secara jarak jauh

Zainal, Azrina (2004) Pengurusan masa pelajar kejuruteraan Pendididikan Jarak Jauh(PJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM): ke arah pembinaan jadual pengurusan masa pelajar kejuruteraan secara jarak jauh. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1495Kb

Abstract

Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini juga melihat item-item yang diperlukan dalam menghasilkan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar kejuruteraan secara jarak jauh dan melihat bagaimanakah jadual pengurusan masa tersebut mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti mereka. Terdapat 35 set soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi memenuhi kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pelajar program Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) memerlukan jadual pengurusan masa dalam mengatur aktiviti mereka. Antara item yang perlu ada dalam jadual pengurusan masa tersebut ialah ibadat, mengulangkaji, keija, peijalanan berulang alik ke tempat keija, belajar secara Pendidikan jarak Jauh (PJJ), riadah dan sukan, peijalanan berulang alik ke tempat belajar, masa untuk keluarga dan rakan, belajar secara berkumpulan dan belajar secara bersendirian. Dengan adanya jadual pengurusan masa ia akan mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti mereka. Jadual perancangan keija, jadual m a s a harian, jadual perancangan harian dan jadual perancangan mingguan merupakan pendekatan yang dicadangkan dan boleh dipraktikkan agar masa dapat diatur dengan lebih sistematik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1393
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:18
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page